~KENAPA??~





















Terfikirkah anda tentang permasalahan 'KEPERCAYAAN' sekarang??

Ada orang kata~ "KENAPA DIA SANGGUP TIPU AKU??"
Dan ada juga yang kata~ "KENAPA DIA MESTI TAK JUJUR DENGANKU??"
Juga ada yang berkata~ "KENAPA DIA PERLU SEMBUNYIKAN SESUATU??"

Kesemua persoalan diatas mempunyai maksud yg sama iaitu kita tidak suka ditipu.
Adakah perlu istilah 'MENIPU' itu?

Dalam situasi yang sama,cuba tukarkan kepada:~
"KENAPA AKU SANGGUP TIPU DIA??"
"KENAPA MESTI AKU TAK JUJUR DENGANNYA??"
"KENAPA AKU PERLU SEMBUNYIKAN SESUATU??"

Percayalah,segalanya bermula dari diri anda.

Tujuan saya menulis tentang topik ini adalah kerana topik ini sangat penting dalam sesebuah hubungan samada sesama adik-beradik dan keluarga,sanak saudara,rakan-rakan,hubungan percintaan antara kekasih,suami isteri,dan sebagainya.
Disamping itu juga saya mengambil berat dan serius tentang isu ini yang mana sangat banyak terdapat dalam status pengguna laman sembang terutamanya yang popular iaitu 'FACEBOOK,MYSPACE,dsb' yang menyatakan kekecewaan,kesedihan,terkilan,dan macam-macam perasaan yang dihadapi mereka tentang isu ini dalam perhubungan.

Saya sendiri tidak terlepas melalui perkara yang sama dalam jaringan hubungan saya.Dalam masa yang sama saya cuba mengkaji dan selidik apakah perkara ini satu trend di dalam masyarakat untuk sesebuah hubungan,ataupun ia sememangnya satu kemestian dalam hubungan itu sendiri.

Pada pendapat saya,kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan dan kesilapan itu hanya pada pihak tersebut.Kita seharusnya memikirkan kenapa perkara itu boleh berlaku.
Persoalannya,ADAKAH SAYA SEORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI UNTUK DIA BERLAKU JUJUR PADA SAYA??
sepatutnya ini adalah fakta yang sesuai digunakan untuk memujuk diri sesiapa yang merasakan diri mereka ditipu.

Apakata kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih positif demi sesebuah hubungan.
Sebagai contoh,anda perlu berbincang dengan orang yang anda rasa tidak jujur dengan anda.Kemungkinan orang itu mempunyai sebab yang munasabah untuk anda ketahui.
Mungkin jika mereka berlaku jujur dengan anda,tetapi perkara tersebut akan menyebabkan anda 'down',ataupun menyebabkan anda marah,ataupun anda tak dapat terima dengan perkara yang mereka katakan.

Secara kasarnya memang kita dapat lihat bahawa kesalahan 'MENIPU' ini sangat besar untuk seseorang yang melakukannya.Tetapi dapatkah kita fikir apa sebab yang tersirat atau kenapa seseorang itu 'terpaksa' melakukannya padahal kita tidak pernah terfikir orang yang kita percaya itu tak mungkin akan melakukan perkara tersebut keatas diri kita.
Secara positif,kita boleh memikirkan.."mungkin dia takut dimarahi aku"..ataupun "mungkin dia mempunyai sebab yang tertentu"

Jadi,bagi saya,jalan penyelesaian yang terbaik dan terarah ialah berbincang secara terbuka diantara satu sama lain iaitu masing-masing terima apa yang ingin disampaikan kepada satu sama lain.
Selesaikan secara rasional adalah perkara terbaik bagi menjaga hubungan.Selitkan elemen maaf-memaafkan adalah satu perkara yang matang di dalam perbincangan tersebut.Sentiasa merendah diri,dan menghormati penjelasan orang lain didalam perbincangan juga adalah jalan yang sangat terbaik untuk lebih mengeratkan hubungan tersebut.

Apa yang diperlukan,hanyalah semudah A,B,C..
*Ajak berbincang secara terbuka dengan menerima penjelasan dengan tenang..
*Bersabar dan memaafkan..
*Cuba jelaskan kepadanya,jangan menipu lagi..

Akhir kata dari saya,JUJUR,TELUS,dan PERCAYA adalah kunci terbaik dalam apa jua jenis hubungan.Jika anda sentisa membina 3 perkara ini dalam diri anda,saya yakin hubungan sesama anda akan mantap dan pastinya nilai ini juga akan diamalkan oleh orang sekeliling anda dan tentu sekali ianya khas untuk anda.Kerana saya pasti bahawa ramai yang lebih selesa dengan KEJUJURAN..
Renungkan setiap fakta saya,dan anda mampu berjaya menguasai diri anda dengan senyuman yang sentiasa menenangkan jiwa anda..

INSYAALAH~