~PUTUS ASA??~


Kelihatan seorang peladang sedang memerah susu lembu ditengah padang.Lembu itu kelihatan sihat dan cukup gemuk sekali.Tentu kualiti susu yang dihasilkan lembu itu adalah yang terbaik untuk diminum.

Di suatu tasik berhampiran ada dua ekor katak yang sedang bertenggek diatas batu.
Katak bernama Bintang adalah seekor katak yang cukup sifatnya.Samada dari segi warna,rupa paras,dan kehalusan kulitnya.
Sedangkan yang bernama Puru pula adalah seekor katak yang pekak,kulit menggerutu,dan berwarna hijau gelap.

Mereka merancang untuk masuk ke ladang tersebut untuk mencuba bagaimana rasanya susu lembu yang segar.
Selang beberapa ketika,mereka pun melompat,melompat dan terus melompat kearah ladang tersebut bagi meneruskan keinginan mereka itu.

Setibanya mereka diladang tersebut,mereka melompat kesana dan kemari untuk mencari susu segar.Akhirnya mereka temui sebuah baldi yang berisi susu segar yang diletakkan berhampiran kandang lembu.Lalu,dengan hati yang riang,mereka melompat kedalam baldi tersebut untuk meneruskan hajat mereka itu.

Bintang dan Puru pun minum susu segar didalam baldi tersebut sepuas-puasnya hinggakan susu segar yang tadinya memenuhi baldi tersebut menjadi sedikit.Setelah puas,Puru pun mengajak Bintang pulang.Mereka cuba melompat keluar dari baldi tersebut tetapi tidak berjaya memandangkan mereka telah minum susu segar hingga hampir kedasar baldi tersebut.Bagaimanapun mereka tetap terus mencuba dan terus mencuba.Tetapi mereka masih belum berjaya keluar dari baldi tersebut.Mereka pun berehat sebentar kerana masing-masing telah mengah dek kekenyangan.

Gelagat mereka diperhatikan beberapa ekor lembu.Mereka ditertawakan oleh lembu-lembu tersebut.
Beberapa minit kemudian,Puru mendapat idea..!!!
Puru mencadangkan kepada Bintang untuk sama-sama berenang didalam bulatan mengelilingi baldi tersebut.Bintang bersetuju dan mereka pun berenang,berenang,berenang lagi,dan terus berenang.

Lembu-lembu tadi lebih kuat mentertawakan mereka kerana geli hati melihat aksi kedua ekor katak itu.Semakin laju mereka berenang,semakin kuat hilaian tawa dan kutukan dari lembu-lembu itu.Bintang yang tidak tahan dengan kutukan dari lembu-lembu itu terus berhenti berenang kerana tidak mahu kelihatan bodoh dimata mereka.

Puru pula lebih rancak renangannya kerana puru gembira dengan respon yang ditunjukkan lembu-lembu tersebut.Renangan Puru menjadikan gelombang susu tadi menjadi lebih tinggi dan menyebabkan susu tersebut berkocak.Hasil dari kocakan tersebut,Puru melambung keluar dari baldi tersebut dan terus melompat meninggalkan ladang.

Bintang yang tinggal,terkapai-kapai didalam baldi dan beberapa minit kemudian Bintang telah mati kelemasan..


Saya berkongsi cerita ini untuk anda renungkan setiap ketika supaya ia memberikan anda semangat yang lebih tinggi untuk anda berjaya.

Jadi...."APAKAH KAITANNYA??"

Bersedialah kita untuk menjadi seperti Puru.Puru ialah seekor katak yang pekak.Walaupun lembu-lembu mentertawakannya,Puru tetap meneruskan usahanya untuk keluar dari baldi tersebut.Puru tidak mempedulikan kutukan dari lembu.Puru tidak mengendahkan hilai tawa dan cacian dari lembu.Puru juga tidak mengendahkan lembu-lembu yang terus menerus memperkecilkan mereka.

LIHAT!!!

Walaupun Puru pekak,Puru mengamalkan berfikir secara positif.Apa yang paling penting baginya ialah berusaha untuk keluar dari baldi tersebut walaupun didatangi ancaman yang boleh menggagalkannya!!!

Jika anda merasakan setakat ini anda tidak mampu untuk meneruskan apa sahaja yang anda usahakan,anda perlu bertanya pada diri anda sendiri..
"BILA KALI TERAKHIR AKU BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK DIRI AKU??"
"ADAKAH SEWAKTU INGIN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEBELUM INI??"
"ADAKAH SEWAKTU MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR ANJING LIAR??"

Pada saya,jawapannya terletak tidak jauh,tidak terlalu hampir,dan tidak sangat hampir dengan anda.Kerana jawapan itu ada pada anda sendiri.Anda tidak perlu mencari.Hanya perlu merenung dan mentafsir pengalman anda.
Anda adalah penentu bagi apa yang anda inginkan..
Anda adalah pengakhir atas apa yang anda mulakan..
Anda adalah seseorang yang sepatutnya diletakkan di puncak kejayaan yang anda usahakan!!!

Kerana anda sendiri yang mengetahui kemampuan anda dan matlamat anda..
SEMOGA BERJAYA!!~


P/S : Saya bertanya pada Puru:~

Saya: Puru,mase lembu ketawakan ko kn,ape yg ko fikir??

Puru: Aku fikir lembu tu sume terhibur dgn aksi aku.Sebab tu aku berenang dgn panuh semangat.Yelah..aku bukan dgr pn ape yg lembu tu nk.Tp,dari raut mereka aku tgk mereka macam seronok sgt je!!

Saya: [dalam ati] POSITIVE THINKER~