~KOMUNIKASI??~




Ko~Mu~Ni~Ka~Si~
Eh? Apetu?
Hehehehe~
Macam ni.......

Setiap hari-hari kita menjadi lebih teratur dengan adanya komunikasi.Kemana saja kita berjalan,komunikasi adalah sangat penting.

TETAPI FAHAMKAH KITA APA ITU KOMUNIKASI??

Disini,saya cuba membantu anda tentang apa yang saya faham mengenai komunikasi.

Komunikasi adalah penyampaian dan pertukaran maklumat yang mudah difahami samada melalui pertuturan,bahasa tubuh,atau isyarat-isyarat tertentu yang menggunakan berbagai medium,dsb.
Sebenarnya,bila kita renung kembali bahawa Islam telah menyediakan teknik-teknik komunikasi yang sangat berkesan melalui contoh terbaik yang ditunjukkan didalam sunnah Nabi Muhammad s.a.w.Dari segi kelembutan pertuturannya,maksud-maksud yang jelas,dan keikhlasan menyampaikan sesebuah maklumat.

Sistem komunikasi bermula dengan kepastian mengenai ketepatan maklumat yang ingin disampaikan,ketelusan didalam komunikasi,kejujuran,dan diselitkan juga kaedah tertentu yang memberikan keberkesanan berkualiti dalam penyampaian sesebuah maklumat.

Cuba kita bayangkan tentang 'ENCODE' dan 'DECODE'.Saya pasti ramai yang belum jelas dengan kedua-dua perkataan ini.Tetapi saya boleh bagi salah satu contoh kecil yang terdekat tentang kedua-dua perkara ini.

Anggap saja Encode adalah seorang guru,dan Decode pula ialah seorang murid.

SITUASI : Guru sedang meminta seorang murid untuk menghidupkan suis kipas bilik darjah.

CIKGU: Alif..tolong cikgu 'ON'kan kipas tu jap..
[menghantar maklumat(encoder) dan bersedia untuk menerima maklumat(decoder)]

ALIF : Maaf cikgu,suis kipas yang mana satu?
[menerima maklumat(decoder),mentafsir,dan bertukar menjadi encode untuk menghantar maklumat(encoder)]

CIKGU: ~sambil menuding kearah suis~Suis kipas ada di tiang sebelah tingkap disana.Terima kasih Alif.
[menerima maklumat(decoder),mentafsir,dan bertukar menjadi encode untuk menghantar maklumat(encoder)]

ALIF : Sama-sama cikgu
[menerima maklumat(decoder),mentafsir,dan bertukar menjadi encode untuk menghantar maklumat(encoder)]

CIKGU: ~senyum~
[menerima maklumat(decoder),mentafsir,dan bertukar menjadi encode untuk menghantar maklumat(encoder)]


Situasi diatas menunjukkan maklumat disampaikan melalui beberapa cara iaitu guru yang sebagai 'encoder' menghantar maklumat kepada murid melalui pertuturan.Murid yang sebagai'decoder' menerima maklumat tersebut,mentafsirkan maklumat melalui otak dan memberi tindakbalas maklumat tersebut untuk bertanya kembali melalui cara yang sama iaitu menggunakan pertuturan dan menjadikan murid tersebut sebagai 'encoder'.

Guru yang mendengar soalan murid tadi menjadi 'decoder',mentafsir,dan memberi tindakbalas sebagai 'encoder' yang lebih jelas iaitu dengan menghantar maklumat dengan cara yang lebih mudah difahami dengan memberi mesej melalui pertuturan disertakan dengan bahasa tubuh.

Murid menjadi 'decoder',mentafsir dan memberi tindakbalas iaitu 'MELAKUKAN' apa yang gurunya sampaikan melalui sistem encode dan decode tadi.Dan jelaslah disini bahawa maklumat ataupun input yang ingin disampaikan guru itu telah berjaya disampaikan sepenuhnya kepada murid tersebut.

Kesimpulannya,guru yang menyatakan hasrat kepada murid tersebut bagi membantunya supaya menghidupkan suis kipas berjaya dengan terhasilnya sistem komunikasi ini.Komunikasi akan gagal sekiranya murid tersebut mungkin sedang melakukan perkara lain seperti menulis,berbual dengan rakan,ataupun membaca,dsb.
Ini adalah kerana murid tersebut tidak bersedia untuk men'decode' maklumat yang diberi oleh guru ('encoder') tersebut.

Ini adalah komunikasi yang gagal kerana 'decoder' tidak dapat mentafsir apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh 'encoder'.

jadi,terpulang pada anda bagaimana untuk menyampaikan komunikasi dengan baik,dan menjadi penerima maklumat yang baik didalam sistem komunikasi.Jika anda mempunyai organisasi,ingatlah pesanan saya, MANTAPNYA KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI,BERMULA DARI MANTAPNYA KEJAYAAN KOMUNIKASINYA

Sekian dari saya..TQ